Sedihkah anda jika ibu dan bapa kita sudah tiada di muka bumi ini ? Tentunya ya, bukan? Tetapi, kenapa sesetengah manusia mencerca, memaki, menyepak terajang, melawan ibu dan bapa ketika masih berada di muka bumi ini. Bukankah syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu. Sebagai seorang anak, janganlah kita melawan ibubapa walaupun dengan perkataan ah sekalipun kerana kita tidak mengetahui bilakah yang maha esa akan mencabut nyawa kedua orang tua kita. Ketika waktu itu tiba, barulah kita insaf dan meronta-ronta meminta maaf pada mayat ibubapa yang sudah terbujur kaku tetapi IANYA SUDAH TERLALU LAMBAT UNTUK MEMINTA MAAF. Jadi, hargailah ibubapa kita ketika mereka masih hidup. Sesungguhnya, hidup dan mati itu terletak pada Allah S.W.T.