Pages

Wednesday, September 8, 2010

Kalau...


Sedihkah anda jika ibu dan bapa kita sudah tiada di muka bumi ini ? Tentunya ya, bukan? Tetapi,   kenapa sesetengah manusia mencerca, memaki, menyepak terajang, melawan ibu dan bapa ketika masih berada di muka bumi ini. Bukankah syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu. Sebagai seorang anak, janganlah kita melawan ibubapa walaupun dengan perkataan ah sekalipun kerana kita tidak mengetahui bilakah yang maha esa akan mencabut  nyawa kedua orang tua kita. Ketika waktu itu tiba, barulah kita insaf dan meronta-ronta meminta maaf pada mayat ibubapa yang sudah terbujur kaku tetapi IANYA SUDAH TERLALU LAMBAT UNTUK MEMINTA MAAF. Jadi, hargailah ibubapa kita ketika mereka masih hidup. Sesungguhnya, hidup dan mati itu terletak pada Allah S.W.T.

Aidilfitri di ambang UPSR...

Mengikut Jadual Peperiksaan UPSR 2010, UPSR akan berlangsung sejurus selepas Hari Raya  Puasa.
Jadi, bagi semua calon yang akan mengikuti UPSR, diharapkan agar anda juga ingat untuk belajar walaupun di kampung. Semoga berjaya dan sukses selalu pada calon-calon tersebut.

UPSR...

Debaran UPSR semakin melanda diriku. Otak mula memproses ilmu yang dipelajari dahulu. Hati mula teringat tentang perkarayang berlaku semasa UPSR. Mungkinkah aku tidak mampu menjawab soalan yang diberi ataupun soalan yang diberi senang-senang belaka. Yang pasti, hati ini mahukan kejayaan untuk diberi kepada ibubapa, guru-guru dan pastinya aku. Selamat menduduki UPSR kepada semua calon UPSR.

Tuesday, September 7, 2010

From RAW with love...

Disebabkan oleh kelakuan Chris Jericho dan Edge pada Raw 900th episod minggu lepas, mereka diarahkan ole GM untuk memenangi perlawanan mereka untuk kekal berada di Six Pack Challenge untuk WWE Champion yang kini dipegang oleh Sheamus pada Night of Champions. Wayde Barret pula perlu berdepan dengan Randy Orton dalam No Disqualification Match. Salah satu ahli Nexus didatangi oleh John Cena untuk membalas dendam.

WWE...

Kane kehilangan kesabarannya apabila mengetahui bahawa Rey Meysteriolah yang mencederakan abangnya, Undertaker. Beliau telah pun cuba melakukan 'Choke Slam' pada Rey tetapi sempat dielak olehnya lalu Rey menyelamatkan dirinya dengan memberikan '619' kepada Kane dan lari sebelum diterkam oleh Kane. Kane berjanji pada dirinya yang beliau akan membalas dendam pada Summerslam akan datang apabila menentang Rey Meysterio dalam 1 Contender Match.
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India